+60341492099
i-pantun
Laman Selanjutnya


Pingat Gansa 1

Tahniah diucapkan kepada Jabatan Pendidikan Umum, Kolej Vokasional ERT Setapak, Kuala Lumpur atas kejayaan merangkul Pingat Gangsa dalam Pertandingan Inovasi TVET Kebangsaan PERISA 2025 yang telah berlangsung pada 28 hingga 30 Ogos 2025, bertempat di Kolej Komuniti Rompin. Pencapaian ini membuktikan kecekapan, kreativiti dan dedikasi pasukan dalam mengangkat martabat inovasi dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di peringkat kebangsaan. 

PENGIKUT
1
Counter
kumpulan inovasi jpu KVERTS
Kumpulan Inovasi JPU KVERTS ini dipimpin oleh Cikgu Alia Natasya, Cikgu Dr Noor Mala dan Cikgu Norhayati


ain
pn. alia natasya mohd shukri

Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) Universiti Malaya (2018–2022) dan kini berkhidmat di Kolej Vokasional ERT Setapak sejak tahun 2024. Pada masa yang sama, beliau mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (2024–2025). Penerima Anugerah Pelajar Cemerlang STPM 2017, beliau aktif dalam penyediaan bahan digital menggunakan "Google Sites". Selain itu, beliau juga merupakan seorang penulis novel kreatif..


noormala
dr noor mala othman

Beliau berkelulusan Ph.D Pendidikan Teknikal dan Vokasional dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia serta memiliki pengalaman luas dalam bidang pendidikan, bimbingan, dan kaunseling. Aktif sebagai penceramah, hakim, urusetia serta pengacara majlis peringkat kebangsaan dan antarabangsa, beliau juga terlibat dalam jawatankuasa profesional termasuk PEKA dan panel pemilihan anugerah. Atas kecemerlangan, beliau menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (2006, 2016), memenangi Anugerah Inovasi KPM (2019), serta menulis buku Teks Pengacaraan (2015, 2024).


NORHAYATI
pn. norhayati ibrahim


Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Bahasa Melayu dan Linguistik, Universiti Malaya, dengan pengalaman lebih 27 tahun dalam bidang pendidikan. Berkhidmat di Kolej Vokasional ERT Setapak sejak 2001, beliau juga aktif sebagai pemeriksa dan ketua pentaksir peperiksaan SPM/SVM serta pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2007 dan 2020.

apa itu pantun
Pengenalan dan asas pantun
kvert2
Definisi

Pantun ialah puisi tradisional Melayu yang terdiri daripada rangkap berirama dengan maksud tersirat (tersurat dan tersirat)

kvert4
asal usul

Pantun wujud sejak ratusan tahun lalu, diwarisi secara lisan, digunakan dalam adat, pergaulan dan pendidikan.

kvert1
ciri utama

Pantun mempunyai rima a-b-a-b, sifat kiasan, mempunyai pembayang dan maksud

pantun dalam Filem Melayu
Pantun dalam filem Melayu lama sering menjadi nadi keindahan bahasa dan wadah falsafah hidup bangsa. Ia bukan sekadar hiburan, tetapi alat untuk menyampaikan pesan, sindiran, malah nasihat halus yang dibalut dengan seni kata berirama. Dalam filem Gurindam Jiwa (1965) misalnya, pantun dijadikan gelanggang adu budi antara watak Dahlan dan pencabarnya — menggambarkan kecerdikan, ketajaman fikiran, serta ketinggian maruah seorang insan.
Pantun diraja - filem gurindam jiwa 1965

Dalam kemilau layar perak filem Gurindam Jiwa (1965), lakonan tersohor Nordin Ahmad dan Latifah Omar, terpampanglah adegan bersejarah tatkala Dahlan tampil berbalas pantun dengan pencabarnya; bukan sekadar pertarungan kata, tetapi gelanggang maruah yang dihiasi budi, di mana setiap rangkap pantun menitis seperti permata bahasa, menguji ketajaman fikiran dan kehalusan jiwa Melayu yang luhur


Antara inti penting dan pesan berguna yang tersirat dalam pantun tersebut ialah nasihat agar sentiasa merendah diri tanpa sampai memperhambakan diri, persoalan apakah hidup hanya asyik memelihara adat hingga melupakan hakikat, serta peringatan agar jangan sampai anak bangsa dibiarkan mati sia-sia

Gurindam Jiwa - Rafeah Buang, R Ismail (Gurindam Jiwa 1965)

Filem Gurindam Jiwa (1965) mengisahkan percintaan antara Tengku Zaleha dan Azman yang terhalang oleh perbezaan darjat serta konflik keluarga, sambil menonjolkan adat dan budaya Melayu. Keindahan pantun dalam filem ini digunakan untuk meluahkan cinta, nasihat, dan sindiran dengan bahasa puitis yang halus. Gabungan kisah cinta dan seni pantun menjadikan Gurindam Jiwa sebuah karya klasik yang sarat nilai warisan budaya Melayu.

kuiz
Kuiz 
komen
Komen
nota
Nota